SISTEM KEWANGAN TERPANTAS


Category Archive

The following is a list of all entries from the Pengenalan category.

SEGERALAH BUAT DUIT HARI INI !

Jika Anda Serius Menjana Pendapatan Harian Anda.. Berikan Saya Beberapa Minit Berharga Anda Untuk Menerangkan Satu Peluang Bisnes..

“Sebentar Lagi Anda Akan Ditunjukkan Satu Peluang Bisnes Yang Akan Membantu Anda Menjana Pendapatan Harian Anda!”

AMARAN!
Peluang ini hanya bagi mereka yang benar-benar SERIUS untuk mengubah tahap kewangan. Jika anda rasa anda sudah mempunyai tahap kewangan yang baik, sila tinggalkan website ini dengan SEGERA dan anda tidak perlu menghubungi saya kerana saya juga tidak akan melayan mereka yang hanya suka-suka untuk menghubungi saya.

Dari meja laptop, Mael

Tarikh :Khamis, 26 November 2009

Sebelum memulakan bicara, izinkan saya memperkenalkan diri. Saya Ismail, dan saya telah diperkenalkan program ini oleh abang saya yang telah lama menceburi bisnes ini.

Mula-mula, saya tidak berapa yakin bisnes ini, bolehkah ia menjana pendapatan dan memberi pulangan yang banyak? Maklumlah, bisnes ni modal punya main sikit, RM170 je, tapi boleh menjana pendapatan RM20k sebulan, BIAR BETUL??

Tapi prinsip saya, ”Kegagalan Yang Sebenar Adalah Kegagalan Untuk Mencuba”. Maka saya gagahkan diri juga untuk mendalami pelan pemasaran bisnes ini. Yelah, sebelum ni dah banyak kali gagal dengan bisnes yang serupa begini, takkan nak biarkan pisang berbuah dua kali kan? Namun, saya menganggap kegagalan itu adalah petunjuk kepada kejayaan yang bakal saya nikmati tak lama lagi, insyaAllah.

Berbalik kepada pelan pemasaran bisnes ni, saya mendapati pelan pemasaran ini sangat bagus. Belum pernah saya jumpa pelan pemasaran yang macam ni. Apa yang menariknya, jika kita key in maklumat agen baru kita ke dalam sistem pun diberi komisen (akan saya ceritakan di bahagian Pelan Pemasaran Ads4Bucks). Saya difahamkan oleh upline saya yang komisen sebegini hanya diberikan kepada stokis je. TAPI, kita pun layak mendapat komisen ini jika kita menyertai bisnes ini, walaupun kita hanyalah seorang agen biasa. WOW! Ada ke bisnes-bisnes lain yang ada komisen seperti ini? Oppsss, bukan itu saja komisen yang kita dapat, bahkan ada banyak lagi komisen lain, hehehe!

Sebelum saya memperkenalkan bisnes yang bakal menggegarkan dunia Internet ini, ingin saya bertanyakan anda beberapa soalan….

Adakah anda.?

  • Mempunyai beban hutang piutang yang berlipat ganda?
  • Penat makan gaji; Gaji anda habis untuk membayar hutang sehinggakan anda tidak dapat menyimpan untuk diri sendiri dan keluarga?
  • Sentiasa merasakan duit simpanan anda tidak pernah cukup?
  • Berasa malu dan rendah diri kerana anda tidak mampu memberikan duit belanja kepada mak ayah anda di kampung?
  • Sedang pening kepala memikirkan wang hantaran / belanja kahwin yang tidak cukup-cukup lagi? (kurang-kurang kena ada RM15,000 dalam tangan beb!)
  • Ingin memulakan perniagaan dengan modal yang sangat rendah?
  • Ingin mengisi akaun bank anda yang kering kontang pada kadar yang segera?

Jika anda mempunyai salah satu atau lebih permasalahan di atas…

“Anggaplah Masalah Anda Telah Selesai!”

MEMPERKENALKAN

Mengenai Ads4bucks

Ads4Bucks adalah sebuah Portal Pengiklanan dan Program Afiliat yang memberi anda kemudahan untuk mengiklankan produk dan juga perkhidmatan anda. Ads4Bucks ini dimiliki sepenuhnya oleh Ads4Bucks Network Sdn. Bhd. (863787-X) yang dahulunya dikenali sebagai GIAB Resources Sdn. Bhd. Tujuan pengendali program Ads4Bucks ini adalah untuk menjadikan Portal ini sebagai sebuah portal pengiklanan yang paling popular di dunia agar pelanggan benar-benar dapat menjual produk-produk dan perkhidmatan – perkhidmatan dengan efektifnya.

Alamat syarikat ini adalah seperti berikut :

Blok B, 1-32 & 1-32A Jalan Pandan Prima 2,
Dataran Pandan Prima,
55100 Kuala Lumpur.
Tel : +603 9286 1029 / +603 9286 2235
Fax : +603 9286 2157
Email : admin@ads4bucks.com

Inginkan maklumat lanjut mengenai syarikat Ads4Bucks ini? Sila layari website rasmi Ads4Bucks ini di http://www.ads4bucks.com

Produk-produk Ads4bucks

  • Portal pengiklanan

Anda bebas untuk mengiklan sebarang produk, perniagaan, servis atau perkhidmatan yang telah anda sediakan. Pihak Ads4Bucks tidak meletakkan sebarang had berkenaan pengiklanan anda selagi anda tidak menyalahi undang-undang negara. Terdapat 2 kategori iklan di portal ini yang mana untuk semua iklan teks adalah PERCUMA manakala untuk iklan berbentuk banner akan dikenakan caj bergantung kepada saiz dan juga lokasi banner terbabit.

  • SMS Blaster (Bulk SMS)

Ads4Bucks menyediakan kepada anda sistem SMS Blaster pada kadar harga yang tidak mampu ditandingi. Kredit SMS Ads4Bucks hanya bernilai USD0.03/SMS atau RM0.10/SMS yang mana ini adalah kadar yang termurah di pasaran.

  • Blog Persendirian (Ads4Blog.com)

Ads4Bucks menyediakan perkhidmatan blog kepada agen-agen kami yang membeli pakej Gold Bucks. Di blog ini anda boleh menulis tentang aktiviti peribadi atau perniagaan anda. Kami juga menyediakan ‘themes’ untuk anda pilih bagi mencantikkan penampilan blog anda.

  • Virtual Office

Virtual Office Ads4Bucks membenarkan agen-agen Ads4Bucks untuk melihat ‘business hierarchy’, pergerakan jualan kumpulan serta e-wallet mereka. Di Virtual Office ini juga terdapat link ke e-library.

  • E-library

i) E-book – Terdapat 500 e-book berkaitan Business Plan (Pelan Perancangan Perniagaan) yang boleh anda jadikan       panduan untuk memulakan perniagaan anda sendiri.
ii) Ads4Bucks Ultimate Business Guide – 1,300 templates dalam file Words dan dalam format ‘Isikan Tempat Kosong’ berkenaan dokumentasi-dokumentasi Resolusi Lembaga, Kertas Kerja Kewangan, Pelan Perancangan Perniagaan, Checklist serta banyak lagi untuk kegunaan perniagaan anda.

  • Audio dan Video Streaming

Ads4Bucks juga menyediakan audio dan video streaming untuk semua agen secara streaming di backoffice agen.

  • Ads4Bucks Bio-Energy Card

Ads4Bucks Bio Energy Card diberikan sebagai hadiah kepada anda apabila anda membeli pakej produk maya kami. Dan kad ini sememangnya adalah PERCUMA! Namun begitu Bio Energy Card ini mempunyai 1 nilai yang tinggi untuk tujuan penjagaan kesihatan kita seharian.

Apakah Ads4Bucks Bio-Energy Card ?
Kad ini dihasilkan melalui teknologi Far Infrared Ray (FIR) menggunakan serbuk seramik bio yang unik. Kad yang terhasil daripada kaedah pembuatan yang dipatenkan ini boleh membantu dalam pelbagai aspek perubatan antaranya ialah ia akan melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan manusia.

Apakah Kebaikan Ads4Bucks Bio-Energy Card ?
a) Melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan manusia.
b) Meringankan stres serta kelesuan badan.
c) Meningkatkan kecergasan serta tenaga.
d) Efektif untuk membunuh bakteria.
e) Mengaktifkan molekul air minuman.
f) Mengaktifkan molekul air di dalam tubuh badan.
g) Menghilangkan bau yang kurang enak.
h) Membantu mengekalkan kesegaran bahan makanan di dalam peti sejuk.
i) Boleh membantu meringankan kesakitan seperti sakit kepala, sakit otot serta sakit belakang.
j) Membantu tumbesaran bunga-bungaan, sayuran serta tumbuhan.

APAKAH Ads4Bucks?

Ads4Bucks adalah gabungan Portal pengiklanan & Program Affiliat.

INTERNET + TELEKOMUNIKASI+NETWORKING

OBJEKTIF Ads4Bucks:

Membina sebuag Portal Pengiklanan yang POPULAR & mewujudkan komuniti usahawan yang mempunyai ilmu untuk mengembangkan perniagaan masing-masing melalui medium INTERNET sebagai salah satu cara pemasaran.

KONSEP PERNIAGAAN Ads4Bucks?

1. Trading – On Line (E-Dagang).

Perniagaan yang dijalankan menerusi INTERNET

2. Rangkaian (Networking)

Peluang untuk menjana pendapatan melalui komisen-komisen

3. BUKAN ‘MULTI LEVEL MARKETING’ (MLM) @ SKIM CEPAT KAYA.

Ads4Bucks Network Sdn Bhd:
Mempelbagaikan perkhidmatan dalam perniagaannya dimasa akan datang :

  1. Ads4Bucks Café
  2. Ads4Bucks Ekspress (Rangkaian Perkhidmatan Bas Ekspress)
  3. Ads4Bucks HyperMall

Pelan Pemasaran Ads4Bucks

Ok, sekarang kita sudah kenal apa itu Ads4Bucks, dan produk-produk Ads4Bucks. Maka tibalah masanya untuk saya terangkan mengenai pelan pemasaran Ads4Bucks ini. Pelan pemasaran Ads4Bucks ini adalah istimewa kerana sehingga ke hari ini, masih belum ada lagi bisnes yang menawarkan insentif atau komisen yang serupa dengan Ads4Bucks ini.

Dalam Pelan Pemasaran Ads4Bucks, anda akan mendapat 6 jenis insentif atau komisen iaitu:
• Introducing Incentive
• Leveling Incentive
• Overriding For Leveling Incentive
• Pairing By Volume Incentive
• Overriding For Pairing By Volume Incentive
• Key-In Incentive

Sebab itulah, dengan modal serendah RM210@USD 52.50, anda boleh menjana sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan dalam biz Ads4Bucks ini. WOW! Bagaimana?? Okey, mari saya terangkan bagaimana anda akan mendapat komisen ini …

INTRODUCING INCENTIVE

Introducing Incentive ini adalah dimana anda akan dapat RM 50 untuk setiap orang yang menyertai network anda. Contohnye, sekiranya dalam anda berjaya mengajak 20 rakan-rakan anda menyertai anda di Ads4bucks ,anda akan mendapat RM 50 x 20 = RM 1100. Nilainya nampak sikit? Sabar dulu. Ini baru Introducing Incentive. Anda masih mempunyai banyak lagi bonus yang akan saya terangkan selepas ini.

LEVELING INCENTIVE

Skim Insentif Ads4bucks Ini, melibatkan 3 kaki. 3 kaki je. Tak banyak-banyak kaki pun. Anda mesti tertanya kenapa ada satu nilai insentif RM 44 yang tak sama dengan nilai leveling yang lain? Sebenarnya, Leveling Incentive yang pertama, anda akan dapat RM 44. Tetapi untuk Leveling Incentive kedua dan seterusnya, anda akan dapat RM 25. Cuba anda perhatikan kiraan ini hanya untuk 3 level. Tapi, komisyen yang diberi cukup lumayan. Sekiranya 10 level? Saya rasa anda boleh kira sendiri ye. Sampai berapa level je? Di sinilah kelebihan Ads4bucks. Anda boleh menaja berapa level pun yang anda mahu kerana Ads4bucks tidak mempunyai limitation. Level yang anda boleh taja adalah sehingga INFINITI! Lagi besar network yang anda bina, lagi banyak bonus anda akan perolehi. Tak cukup lagi? Sabar, ada lagi komisen menanti anda!

OVERRIDING FOR LEVELING INCENTIVE

Overriding for Leveling Incentive merupakan komisen yang anda akan perolehi dari downline yang anda bina. Dengan bonus ini anda akan memperolehi 15% daripada income downline yang anda taja. Sebagai contoh, lihat gambar dibawah :

Kalau ikut gambar rajah di atas, andaikan anda yang bulat hijau itu dan orang yang anda taja adalah yang bulat biru itu, Encik Biru. Encik Biru ini adalah tajaan anda. Kemudian, pendapatan Encik Biru ini berjaya mencecah RM 4,000. Jadi, seperti yang saya beritahu, anda akan mendapat 15% daripada pendapatan downline yang anda taja. Jadi, dengan sorang Encik Biru ini, anda akan mendapat 15% x RM 4,000 = RM600. Kalau anda menaja 20 orang seperti Encik Biru? Anda akan mendapat RM 600 x 20 = RM12, 000! Sekarang cuba anda campurkan pulak dengan bonus sebelum ini iaitu Introducing Incentive & Leveling Incentive? Tak cukup jugak? Baca bonus ni pulak.

PAIRING BY VOLUME INCENTIVE

Pairing By Volume Incentive ini adalah komisyen yang paling istimewa dan setakat ni, saya belum lagi berjumpa mana-mana syarikat yang menawarkan insentif yang sebegini menarik! Kenapa saya berkata begitu? Sila lihat rajah di bawah:

Komisyen ini akan diberi setiap hari selepas pukul 4 petang waktu Malaysia. Ini bermakna, apabila anda mendaftar downline tajaan anda, insentif-insentif yang saya ceritakan di atas tadi, anda akan dapat on the spot. Tapi, komisyen ni, ia akan diberikan selepas pukul 4 petang sahaja. Secara kasarnya, sekiranya anda mendaftar downline anda selepas pukul 4 petang, bonus itu akan diberikan keesokkan harinya selepas 4 petang. Anda baca penerangan dibawah ini dengan teliti untuk lebih faham.

Gambar di atas mempunyai 3 group.

  • Group 1 = Group yang paling aktif sekali pada hari tu. Group ini akan dikategorikan sebagai Main Group.
  • Group 2 = Group yang leh tahan aktif tapi tak seaktif yang Group 1. Group ni pulak dikategorikan sebagai 2nd Group.
  • Group 3 = Group yang sangat tak aktif. Tak seaktif Group 1 & Group 2. Ia dikategorikan sebagai 3rd Group.

    Sekarang, kalau anda dapat lihat gambar di atas, bulat kelabu tu yang paling aktif kerana network yang dibina ada 10 orang, kan? Jadi, bulat kelabu ni di panggil sebagai Main Group. Yang kedua aktif ialah bulat hijau yang dikategorikan sebagai 2nd Group. Dan yangang paling tak aktif adalah bulat biru. Jadi, bulat biru adalah 3rd Group.

    Melalui gambar di atas, sistem mendapati di antara Main Group & 2nd Group, terdapat 8 pasang bulat kelabu & bulat hijau. Ini bermakna, terdapat 8 pasang di situ. Kemudian, sistem mendapati lagi, di antara Main Group & 3rd Group, terdapat 7 pasang bulat kelabu & bulat biru. Jadi ini bermakna terdapat 7 pasang di situ.Berdasarkan contoh di atas, terdapat 8 pasang + 7 pasang = 15 pasang.

    Pairing By Volume Incentive akan memberikan RM 20 untuk setiap pasang. Jadi, kalau ikutkan contoh di atas,

  • 15 pasang x Rm 20 = RM300

    Nampak!? Selepas pukul 4 petang, RM 300 masuk ke poket anda. Senang, kan? Baiklah, sekarang anda cuba campurkan dengan Introducing Incentive, Leveling Incentive & Overriding By Leveling Incentive? Berapa anda dapat?

OVERRIDING FOR DAILY PAIRING BY VOLUME INCENTIVE

Overriding For Daily Pairing by Volume Incentive ini hampir sama dengan Overriding For Leveling Incentive. Perbezaannya ialah ia dikira berdasarkan Pairing by Volume Incentive. Sila rujuk gambar di bawah :

Dengan bonus ini anda akan mendapat 10% daripada income downline yang anda taja (Direct Sponsor) dan 5% daripada income downline yang bukan anda taja (indirect sponsor). Tetapi, ini berdasarkan Pairing by Volume Incentive ye!

A akan dapat 10% dari income B dan 5% dari income C & D

B akan dapat 10% dari income C & D

Anda boleh lihat di mana A mendapat komisyen yang banyak walaupun hanya menaja satu kaki sahaja? Menarik bukan? So sekarang, kira la bape income yang korang bakal dapat setelah campur semua bonus, Introducing Incentive, Leveling Incentive, Overriding for Leveling Incentive, Pairing by Volume Incentive & Overriding For Daily Pairing by Volume Incentive. Kira elok2 ye, pasti anda akan tersenyum!

KEY-IN INCENTIVE

Inilah komisen yang paling membuatkan saya terus terbuka hati untuk menyertai Ads4Bucks. Ini disebabkan komisen seperti ini hanya diberikan kepada stokis sahaja dan belum ada lagi biz lain yang menawarkan komisen ini kepada agen biasa. Kini saya berpeluang menerima komisen seperti ini walaupun saya hanya seorang agen biasa.

Komisen tambahan sebanyak RM10 akan diberikan untuk segala maklumat lengkap yang diisi ketika mendaftarkan akaun baru di bawah rangkaian kita.

Merujuk kepada rajah di atas, 3 orang agen yang kita daftarkan di bawah rangkaian kita :
3 X RM10 = RM30

Jika 20 agen?
20 X RM10 = RM200

WOW! Key-In maklumat new member baru pun boleh dapat duit? Fuhh.. Ada ke program yang menawarkan insentif macam ini? Yup memang ada, hanya di Ads4Bucks! Untuk melihat bagaimana komisen ini diagihkan secara multimedia, sila kendalikan persembahan multimedia di bawah ini


Advertisements